Dalam sistem suria terdapat matahari dan Sembilan planet.
Bumi adalah satu daripada planet itu. Setiap planet akan beredar mengelilingi
matahari mengikut laluannya yang tertentu. Laluan itu disebut sebagai orbit.
Bumi bukan saja berputar pada paksi tetapi dalam masa yang sama beredar
mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Peredaran bumi adalah secara
lawan pusingan jam. Bumi mengambil masa selama 365 hari, 6 jam dan 9 minit atau
setahun untuk melengkapkan satu edaran.
Jumlah hari dalam setiap tahun biasanya dinyatakan sebagai 365 hari saja. Oleh
itu, bagi setiap empat tahun, jumlah hari dalam setahun akan bertambah sehari.
Tahun ini disebut sebagai tahun lompat. Tahukah anda mengapa jumlah hari
itu bertambah? Cuba bincangkan sebabnya dengan rakan-rakan anda.
Kedudukan Garis Lintang Utama |
Kedudukan Bumi Semasa Beredar Mengelilingi Matahari |
Video yang menerangkan mengenai peredaran bumi dengan lebih lanjut
No comments:
Post a Comment