Sunday, 1 May 2016

PENGENALAN



Pembelajaran interaktif kali ini akan memfokuskan berkaitan dengan salah satu bab dalam subjek Geografi tingkatan satu iaitu bab 9, berkaitan dengan “Pergerakan Bumi Di Dalam Sistem Suria”. Bab ini akan banyak memfokuskan kepada kejadian-kejadian yang melibatkan bumi itu sendiri. 

Berdasarkan bab ini, murid akan dapat mempelajari berkaitan dengan putaran dan peredaran bumi serta kesannya kepada kita. Begitu juga, bab ini turut memfokuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan gerhana bulan dan gerhana matahari serta kejadian empat musim yang berlaku di seluruh dunia.  

Di akhir pembelajaran melalui laman interaktif ini, pengguna akan diuji dengan soalan kuiz yang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana tahap kefahaman pengguna mengenai apa yang telah dipelajari. 

Begitu juga, siding editor ada menyediakan soal selidik untuk kami memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti laman pembelajaran interaktif ini agar ianya lebih mesra pengguna. Sekian terima kasih. 


No comments:

Post a Comment