Sunday 22 May 2016

LATIHAN PENGUKUHAN

 

1. Setiap satu putaran bumi mengambil masa selama ?

      a. Satu Jam
      b. Satu Tahun
      c. Satu hari
      d. Satu Minggu

2. Putaran bumi berlaku dari arah __________ ke ____________.

      a. Utara, Selatan
      b. Timur, Barat
      c. Selatan, Utara
      d. Barat, Timur

3. Berikut adalah kesan putaran bumi terhadap perkara yang berlaku seharian kecuali

      a. Kejadian Siang
      b. Hari Raya Aidilfitri
      c. Fenomena  Air Pasang Surut
      d. Hari Menjadi Malam

4. Setiap plenet yang mengelilingi matahari mengikuti satu laluan yang dikenali sebagai?

      a. Laluan sehala
      b. Orbit
      c. Buruj
      d. Garisan Khatulistiwa

5. Tahun yang mempunyai lebihan satu hari yang berlaku setiap empat tahun sekali dikenali sebagai ?

      a. Tahun Hijrah
      b. Tahun Baru
      c. Tahun Lompat
      d. Tahun Ganjil

6. Gerhana Bulan terjadi apabila?

      a. Bumi berada di antara matahari dan bulan
      b. Matahari berada di antara bulan dan bumi
      c. Bulan berada di antara matahari dan bumi
      d. Bulan berhenti berputar

7. Gerhana Matahari berlaku apabila

      a. Bumi berada di antara matahari dan bulan
      b. Matahari berada di antara bulan dan bumi
      c. Bulan berada di antara matahari dan bumi
      d. Matahari mengelilingi bulan

8. Kejadian empat musim berlaku disebabkan oleh

      a. Bumi beredar mengelilingi matahari
      b. Bumi beredar mengelilingi bulan
      c. Bulan mengelilingi matahari
      d. Bumi dan bulan mengelilingi matahari

9. Soltis Musim sejuk berlaku sewaktu bulan

      a. Mac sehingga Jun
      b. Jun sehingga September
      c. September sehingga Disember
      d. Disember sehingga Mac

10. Kejadian empat musim melibatkan musim

      a. Bunga, Panas, Luruh & Sejuk
      b. Panas, Sejuk, Salji & Luruh
      c. Sejuk, Salji, Panas & Kering
      d. Bunga, Luruh, Panas & Salji

JAWAPAN :
1. C
2. D
3. B
4. B
5. C
6. A
7. C
8. A
9. D
10. A


Friday 20 May 2016

KEJADIAN EMPAT MUSIM

  • Kejadian emapt musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari. 
  • Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam yang mengambil masa kira-kira  365¼ hari.




 
a)  Ekuinoks Musim Bunga
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
  2. Musim bunga di Hemisfera Utara
  3. Musim luruh di Hemisfera Selatan
  4. Siang dan malam sama panjang

b) Solstis Musim Panas
  1. Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Sartan
  2. Musim panas di Hemisfera Utara
  3. Musim sejuk di Hemisfera Selatan
  4. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
  5. Matahari tengah malam di Kutub Utara



c) Ekuinoks Musim Luruh
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
  2. Musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di hemisfera Selatan
  3. Siang dan malam sama panjang di seluruh dunia



d) Solstis Musim Sejuk
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Jadi
  2. Musim Sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan
  3. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
  4. Matahari tengah malam di Kutub Selatan


 

Monday 16 May 2016

KESAN PEREDARAN BUMI


GERHANA
  • Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama.
  • Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan.
  • Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari.
  • Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua hingga emapt kali setahun.

  1. Gerhana Bulan  
  • Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. 
  • Bulan memperoleh cahaya daripada matahari. 
  • Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya matahari dihalang oleh bumi. 
  • Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan




      2. Gerhana Matahari
  • Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahri dengan bumi. 
  •  Cahaya matahri terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh pada permukaakaan bumi.

 

Wednesday 11 May 2016

PEREDARAN BUMI


Dalam sistem suria terdapat matahari dan Sembilan planet. Bumi adalah satu daripada planet itu. Setiap planet akan beredar mengelilingi matahari mengikut laluannya yang tertentu. Laluan itu disebut sebagai orbit. 

Bumi bukan saja berputar pada paksi tetapi dalam masa yang sama beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Peredaran bumi adalah secara lawan pusingan jam. Bumi mengambil masa selama 365 hari, 6 jam dan 9 minit atau setahun untuk melengkapkan satu edaran.

Jumlah hari dalam setiap tahun biasanya dinyatakan sebagai 365 hari saja. Oleh itu, bagi setiap empat tahun, jumlah hari dalam setahun akan bertambah sehari. Tahun ini disebut sebagai tahun lompat. Tahukah anda mengapa jumlah hari itu bertambah? Cuba bincangkan sebabnya dengan rakan-rakan anda.

Kedudukan Garis Lintang Utama


Kedudukan Bumi Semasa Beredar Mengelilingi Matahari 





 Video yang menerangkan mengenai peredaran bumi dengan lebih lanjut


Saturday 7 May 2016

KESAN PUTARAN BUMI


KEJADIAN SIANG & MALAM 
  • Semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang. 
  • Manakala permukaan yang terlindung daripada matahari akan mengalamai malam.


 

AIR PASANG SURUT
  • Kejadian air pasang surut ialah kejadian aras air tinggi dan arad air rendah di laut. 
  • Berlaku akibat tarikan graviti bulan dan matahari.
  • Tarikan graviti bulan menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap ke bulan dan menghasilkan air pasang.
  • Air pasang dan surut berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam.



 Terdapat dua jenis air pasang surut :
  •  Pasang perbani
  •  Pasang anak
    1. Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila bulan dan matahari bertindak bersama menghasilkan air pasang pada paras maksimum.
    2. Pasang perbani berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada dalam kedudukan lurus.
    3. Jika bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak, maka terjadilah pasang anak.