Bismillahirahmanirrahim..
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia serta keizinan daripadaNya, akhirnya laman blog pembelajaran interaktif
ini berjaya disiapkan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pembimbing utama kami, Dr. Ummu Husna Binti Azizan yang banyak memberi
panduan dan dorongan dalam menyiapkan laman pembelajaran interaktif ini. Tanpa dorongan
daripada beliau, tidak mungkin kami dapat menjayakan perkara ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga
diucapkan kepada rakan-rakan yang telah membantu dalam penghasilan laman ini
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya, jasa kalian
semua sangat bermakna.
Bagi pihak editor, suka untuk kami ingatkan kepada
pengguna untuk memanfaatkan segala apa yang terkandung di dalam laman ini sama
ada sebagai bacaan umum mahupun medium untuk anda mengulang kaji pelajaran. Diharapkan
agar dengan terhasilnya laman blog ini dapat membantu anda untuk mempelajari
dengan lebih lanjut mengenai pergerakan bumi di dalam sistem suria.
Ingatlah bahawa ilmu yang bermanfaat, jikalau
dikongsikan, pahalanya akan mengalir sepanjang ilmu itu dimanfaatkan oleh
seseorang. Sesungguhnya tiada lain yang kami pinta melainkan keberkatan dan doa
daripada anda semua agar kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat.
InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment