Saturday, 30 April 2016

KATA PENGANTAR


Bismillahirahmanirrahim..

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinan daripadaNya, akhirnya laman blog pembelajaran interaktif ini berjaya disiapkan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pembimbing utama kami, Dr. Ummu Husna Binti Azizan yang banyak memberi panduan dan dorongan dalam menyiapkan laman pembelajaran interaktif ini. Tanpa dorongan daripada beliau, tidak mungkin kami dapat menjayakan perkara ini.  

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah membantu dalam penghasilan laman ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya, jasa kalian semua sangat bermakna. 

Bagi pihak editor, suka untuk kami ingatkan kepada pengguna untuk memanfaatkan segala apa yang terkandung di dalam laman ini sama ada sebagai bacaan umum mahupun medium untuk anda mengulang kaji pelajaran. Diharapkan agar dengan terhasilnya laman blog ini dapat membantu anda untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai pergerakan bumi di dalam sistem suria.  

Ingatlah bahawa ilmu yang bermanfaat, jikalau dikongsikan, pahalanya akan mengalir sepanjang ilmu itu dimanfaatkan oleh seseorang. Sesungguhnya tiada lain yang kami pinta melainkan keberkatan dan doa daripada anda semua agar kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat. 
InsyaAllah...